Wednesday 27 November 2013

Rahsia mudah kembali ke jalan Allah

Maybe di antara kita ini...sudah lama bergelumang dengan maksiat...tapi tak tahu macam mana nak taubat..insya Allah, kat sini ada panduan memperbaiki diri bagi mereka yang mahu kembali ke jalan Allah..semoga ianya dpt membantu :)





1. Mengawal nafsu dan keinginan yang tidak memberi manfaat kepada akhirat. Banyak perkara buruk, musibah yang menimpa seseorang adalah dari sebab mengikuti keinginan yang sia-sia atau hawa nafsu sehingga terjebak dengan pelbagai dosa dan maksiat. 

Berkata Imam Mujahid Rahimahullah (tabien, murid Ibn Abbas RA) ;

من أعزّ نفسه أذل دينه ، ومن أذلّ نفسه أعزّ دينه 
'Barangsiapa yang memuliakan nafsunya maka hinalah agamanya dan barangsiapa yang menghinakan nafsunya maka mulialah agamanya.' 

2. Meninggalkan atau mengurangkan pekerjaan yang tidak membawa manfaat di hari akhirat dan menumpukan kepada usaha mengumpulkan bekal amalan soleh. 

Ini kerana Imam Hasan al-Basri rahimahullah menyebut, 

من علامة إعراض الله عن العبد أن يجعل شغله فيما لا يعنيه 
'Di antara tanda-tanda kemurkaan Allah kepada seseorang hambaNya ialah Dia menjadikan si hamba itu sibuk dengan perkara yang tidak bermanfaat kepada dirinya.' 

Tanyakan diri kita, kesibukan kita ini di manakah nilainya disisi Allah, jika tidak ada nilainya maka tinggalkanlah kerana itu adalah jalan kebinasaan !

3. Menuntut ilmu dan menambah pengetahuan tentang agama khususnya mendalami ayat-ayat Allah dan hadith-hadith rasulullah dan nasihat para salaf. 

Tidak ada seorang pun yang mahu melakukan kebaikan melainkan ilmu adalah syarat mula yang perlu dia miliki. Ini kerana tanpa ilmu maka sesuatu amalan itu tidak akan diterima. Kerana itu Imam Al-Bukhari meletakkan bab dalam sahihnya, باب العلم قبل القول والعمل 'Bab ilmu sebelum ucapan dan amalan'. 

Justeru di antara tanda-tanda seseorang itu mendapat hidayah atau kebaikan dari Allah maka dia akan mula menjadi minat atau mahu menuntut ilmu dan menambah pengetahuan dirinya. Ini berdasarkan hadith Muawiyah RA bahawa baginda Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda ;

من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين
'Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah baginya kebaikan maka Allah akan jadikan dia faqih (faham) tentang agama.' [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Sesiapa yang melakukan 3 perkara di atas ini InsyaAllah , perubahan akan segera menemui dirinya kerana disebut oleh para salaf seperti Imam Hasan al-Basri rahimahull yang mengatakan ;

قد كان الرجل يطلب العلم فلا يلبث أن يرى ذلك في تخشعه و هديه و لسانه و بصره و بره
“ Dahulu jika ada orang yang menuntut ilmu maka tidaklah lama setelah itu melainkan kita akan nampak perubahan nyata pada dirinya dengan dia akan menjadi makin khusyu (ketika solat dan ibadah), kesan pada perilakunya, lisannya dan pandangannya (yang semakin terjaga dan bijaksana) serta semakin berbakti. ” [Syuabul Iman, al-Baihaqi]

================
Ustaz Emran Ahmad
================


Sumber : LayarMinda

0 comments:

Post a Comment

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 . is proudly powered by blogger.com | Design by BLog Bamz Published by Template Blogger