Wednesday 11 December 2013

Elak anak tengok cerita "Blue" Part 2

Sebelum ini saya ada share ngan korang macam mana nak elak anak korang ter'search; benda yang tidak sepatut mereka tengok..so, kali ini saya nak share cara lain lak...iaitu dengan menggunakan tool... :)

first apa korang perlu buat ialah download dulu tool tue..kat..SINI..lepas tue..ikut step yang ditunjuk dalam video nie...layan :)


Cara nak set masa pada komputer

Menjadi kerisauan kepada ibu bapa pada hari ini..melihat anak-anak mereka addict dengan permainan komputer...mungkin kita tidaklah risau sangat jika mereka boleh bahagi masa mereka dengan sebaik mungkin..tapi realitinya anak-anak zaman sekarang..kalau dah main komputer ini..bukan nak reti nak tido awal..kadang2 tue sampai lewat malam..yang inilah memeningkan kepala kita sebagai mak ayah ..tapi don't worry..insya Allh..i can help u...so..how?

Tengok video kat bawah ni & ikut je step apa yang dia tunjuk..
semoga berhasil :)


Tuesday 10 December 2013

Elak blog korang dari kena COPY & PASTE bodo gitu je..

Ok..hari ini, saya nak kongsi dengan kawan2 semua..camna nak lindungi blog korang dari kena COPY & PASTE bodo gitu je..cara ini sangat mudah dan senang..insya Allah semua orang boleh buat..



1. Pergi ke "Dashborad" korang punya blog..

2. Pilih Layout > Add a Gadget > pilih "HTML/JavaScript gadget"

3. Paste kod kat bawah ni..


<!-- START disable copy paste -->
<script src='demo-to-prevent-copy-paste-on-blogger_files/googleapis.js'></script><script type='text/javascript'> if (typeof document.onselectstart!="undefined" ) { document.onselectstart=new Function ("return false" ); } else{ document.onmousedown=new Function ("return false" ); document.onmouseup=new Function ("return true" ); } </script>
<!-- END disable copy paste -->


4. Ataupun korang korang pergi ke "Edit HTML"..copy kod & atas </head>
(kalau susah sangat cari </head>..korang tekan crtl+F..tulis </head>..nanti dia keluar la tue>

Selamat mencuba :)

Sunday 8 December 2013

Elak anak tengok cerita "Blue"

Sebagai ibu bapa..sememangnya bimbang menyelubungi hati kita melihat tingkah laku anak2 zaman sekarang yang mudah sangat terjebak dengan gejala sosial..especially yang melibatkan penggunaan internet..so..sya nak share cara2 nak halang anak2 korang drpd dpt search bnda yg tak spatutnya mreka lihat... insya Allah..lain hari sya kongsi cara lain pula...

seks, blue, lucah


Ok..apa yg perlu korg perlu buat ialah just follow step yg sya tunjuk..

1. Tekan (control panel)
2. Tekan (Network and Internet)
3. Tekan (view network and status)
4. Tekan (change adapter settings)
5. Select internet connetion yg korg tgh guna
6. Pas tue cari bahagian (Internet Protocol Version 4(TCP/IPv4) dan tekan properties
7. Akhir sekali tick kat bahagian (Use the foolowing DNS server address):
Untuk Prefered DNS server : masukkan no nie 208 67 222 123
Untuk Alternate DNS server : masukkan no nie 208 67 200 123
8. Tekan ok..close

Selamat mencuba

Kredit : http://www.theatregelap.com/

Azab bagi mereka yang gemarkan tinggalkan solat

ANTARA AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAT



Dunia :
1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Sakaratul Maut :
1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. (su’ul khatimah)
4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Alam Barzakh :
1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)

Hari Qiamat :
1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

Wednesday 27 November 2013

Rahsia mudah kembali ke jalan Allah

Maybe di antara kita ini...sudah lama bergelumang dengan maksiat...tapi tak tahu macam mana nak taubat..insya Allah, kat sini ada panduan memperbaiki diri bagi mereka yang mahu kembali ke jalan Allah..semoga ianya dpt membantu :)





1. Mengawal nafsu dan keinginan yang tidak memberi manfaat kepada akhirat. Banyak perkara buruk, musibah yang menimpa seseorang adalah dari sebab mengikuti keinginan yang sia-sia atau hawa nafsu sehingga terjebak dengan pelbagai dosa dan maksiat. 

Berkata Imam Mujahid Rahimahullah (tabien, murid Ibn Abbas RA) ;

من أعزّ نفسه أذل دينه ، ومن أذلّ نفسه أعزّ دينه 
'Barangsiapa yang memuliakan nafsunya maka hinalah agamanya dan barangsiapa yang menghinakan nafsunya maka mulialah agamanya.' 

2. Meninggalkan atau mengurangkan pekerjaan yang tidak membawa manfaat di hari akhirat dan menumpukan kepada usaha mengumpulkan bekal amalan soleh. 

Ini kerana Imam Hasan al-Basri rahimahullah menyebut, 

من علامة إعراض الله عن العبد أن يجعل شغله فيما لا يعنيه 
'Di antara tanda-tanda kemurkaan Allah kepada seseorang hambaNya ialah Dia menjadikan si hamba itu sibuk dengan perkara yang tidak bermanfaat kepada dirinya.' 

Tanyakan diri kita, kesibukan kita ini di manakah nilainya disisi Allah, jika tidak ada nilainya maka tinggalkanlah kerana itu adalah jalan kebinasaan !

3. Menuntut ilmu dan menambah pengetahuan tentang agama khususnya mendalami ayat-ayat Allah dan hadith-hadith rasulullah dan nasihat para salaf. 

Tidak ada seorang pun yang mahu melakukan kebaikan melainkan ilmu adalah syarat mula yang perlu dia miliki. Ini kerana tanpa ilmu maka sesuatu amalan itu tidak akan diterima. Kerana itu Imam Al-Bukhari meletakkan bab dalam sahihnya, باب العلم قبل القول والعمل 'Bab ilmu sebelum ucapan dan amalan'. 

Justeru di antara tanda-tanda seseorang itu mendapat hidayah atau kebaikan dari Allah maka dia akan mula menjadi minat atau mahu menuntut ilmu dan menambah pengetahuan dirinya. Ini berdasarkan hadith Muawiyah RA bahawa baginda Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda ;

من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين
'Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah baginya kebaikan maka Allah akan jadikan dia faqih (faham) tentang agama.' [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Sesiapa yang melakukan 3 perkara di atas ini InsyaAllah , perubahan akan segera menemui dirinya kerana disebut oleh para salaf seperti Imam Hasan al-Basri rahimahull yang mengatakan ;

قد كان الرجل يطلب العلم فلا يلبث أن يرى ذلك في تخشعه و هديه و لسانه و بصره و بره
“ Dahulu jika ada orang yang menuntut ilmu maka tidaklah lama setelah itu melainkan kita akan nampak perubahan nyata pada dirinya dengan dia akan menjadi makin khusyu (ketika solat dan ibadah), kesan pada perilakunya, lisannya dan pandangannya (yang semakin terjaga dan bijaksana) serta semakin berbakti. ” [Syuabul Iman, al-Baihaqi]

================
Ustaz Emran Ahmad
================


Sumber : LayarMinda

Older Post ►
 

Copyright 2011 . is proudly powered by blogger.com | Design by BLog Bamz Published by Template Blogger